Kenali SKTD

PROFIL SEKOLAH

  
SK Tasik Damai mula dibuka pada 1 Jun 2003 dengan keramaian 520 murid, 23 guru, 13 buah kelas dan 6 staf sokongan. Guru Besar Pertama, Pn Hjh Samsiah bt Sharip mula bertugas di sekolah ini pada 13Okt 2003. Pada 1 Jan 2004 murid telah bertambah kepada 931 orang, 23 buah kelas, 38 guru dan 6 staf sokongan. Enrolment terus bertambah secara drastik sehinggalah kepada melebihi 1200 orang menjelang 2006. 2 Jan 2005 Pra Sekolah KPM telah dimulakan dengan 25 orang murid.

Sementara itu program j QAF mula dilaksanakan pada 1 Mac 2005 untuk Tahun 1 dibantu oleh 3 orang guru j QAF. Mesyuarat Agung PIBG Pertama diadakan pada 11 Okt 2003, Sukan Tahunan Kali Pertama diadakan pada 4 Mac 2004 dan Majlis Anugerah Gemilang Pertama diadakan pada 29 Jan 2005. Pada 9 Mac 2004, SK Tasik Damai menjadi tuan rumah kepada Majlis Tadarus dan Kesenian Islam Zon A Kinta 1. Program Familithon anjuran bersama PIBG dan sekolah telah diadakan pada 24 Julai 2005. Program Bacathon pula telah diadakan pada 26 Julai 2005. Hasil kedua-dua projek ini adalah untuk membeli buku-buku PSS.

Sehingga tahun 2012 jumlah murid telah menjangkau kepada 1551 orang dan terbahagi kepada 2 sesi iaitu tahap 2 berada di sesi pagi manakala Tahap 1 berada di sesi petang. Sebanyak 39 buah kelas telah digunakan.



FALSAFAH & MATLAMAT

VISI & MISI

MOTTO & SLOGAN



LOKASI

  


LAGU SEKOLAH


Sekolah Tasik Damai
Anggun indah berseri
Tersergam indah permai
Bangganya kami di sini


Slogan kami patuhi
Itu matlamat kami
Mengembang ilmu bestari
Memantapkan organisasi


Chorus :


Pendidikan yang diberi
Kami tak persiakan
Utamakan kreativiti
Inovasi berketrampilan


Iringkan kami doa
Semogakan berjaya
Tasik Damai nan tercinta
Harummu kekal selamanya